Thursday, 5 December 2013

Rabecca Mahu Pulangkan Syiling 5 Sen Erma Fatima

 

Perselisihan faham di antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dan Pengarah Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2013, Erma Fatima nampaknya tidak berpenghujung. Setelah keadaan reda seketika, tiba-tiba Rabecca menghubungi portal online Mstar dan memberitahu dia terkejut apabila menerima wang tuntutan sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Menurut pelakon berusia 23 tahun ini, wang tuntutan yang dimenangi menerusi saman terhadap Erma Fatima itu diserahkan oleh pihak peguam Erma bersama beberapa pembantunya di pejabat peguamnya pada petang Selasa. Kesemua syiling 5 sen itu yang dimasukkan ke dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang mengandungi Al-Quran.

Dalam kenyataannya pada Mstar, Rabecca mempersoalkan tindakan Erma dan dia tertanya-tanya sama ada pengarah itu masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah.

"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?."

Tambah Rabecca, dia akan memulangkan wang terbabit kepada Erma dan memintanya membuat pembayaran secara berhemah.

Rabecca telah mengambil tindakan saman terhadap syarikat produksi milik Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd di sekitar bulan Julai lalu kerana syarikat tersebut gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' yang pernah disiarkan menerusi slot Akasia, TV3.

Pada Jumaat 8 November lalu, Rebecca yang diwakili oleh Azam, Idzham, Azman & Partner telah memenangi tuntutan saman tersebut. Mahkamah majistret Kuala Lumpur mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak 40 peratus berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

POLIS: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

 

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat dua beradik yang ditemui dalam tali air. - Foto Sinar Harian oleh NOR FAIZAL GHAZALI                                                      
 
ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.

SUMBER: Berita Harian

Monday, 2 December 2013

KEBANJIRAN WARGA ASING DI MALAYSIA




Program 6P: 3,886 pendatang, 106 majikan kena tindakan
2012/01/19

KUALA LUMPUR: Seramai 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen dikenakan pelbagai tindakan.

Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.

"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).

Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).

KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Januari lalu. - BERNAMA
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
http://www.bharian.com.my/articles/Program6P_3_886pendatang_106majikankenatindakan/Article/print_html
                                                                 KOMEN

Pendatang asing bermaksud kemasukan individu atau sekumpulan manusia dari sebuah negara ke negara lain dengan objektif dan matlamat tertentu. Pendatang asing terdiri daripada dua  ketegori iaitu pendatang asing yang sah iaitu individu yang mendapat keizinan berdasarkankan Akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan dan satu lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan individu sebaliknya dan memasuki sesebuah negara secara haram.
Salah satu faktor kemasukan pendatang asing ialah kerana rakyat tempatan terlalu memilih dalam soal pekerjaan menyebabkan negara kekurangan pekerja di pelbagai sektor. 

Selain itu, majoriti pendatang asing tidak memilih kerja dan sanggup menerima upah yang diberikan oleh majikan walaupun rendah. Justeru, majikan boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak disamping menjimatkan kos. Faktor kemiskinan dan pengangguran di negara asal juga menyebabkan mereka  berhijrah dan mencari pekerjaan di negara yang aman dan bebas untuk menampung keluarga.
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia juga mempunyai kesan positif seperti dapat mempercepatkan proses pembangunan negara selari dengan usaha untuk mencapai misi dan visi Negara. Selain menaikkan imej negara kedatangan warga asing juga dapat membantu mempromosikan negara di mata dunia. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti negara melalui pertukaran teknologi dan maklumat.
Namun begitu, kebanjiran pendatang asing turut membawa kesan buruk seperti menularnya wabak penyakit berbahaya lantaran tiada pemeriksaan kesihatan seperti yang dilakukan di Malaysia. Tambahan pula kebanyakan pekerja asing terutama golongan wanita yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan turut menyebarkan penyakit pada rakyat tempatan.
Selain itu, kesan kedatangan pendatang asing ke Malaysia juga akan menyebabkan ekonomi negara berkurangan kerana mereka sudah pasti akan mengirimkan sebahagian gaji yang diperolehi ke negara asal mereka. Di sampingan itu, kewujudan kawasan setinggan yang tidak sistematik boleh menyebabkan pencemaran air dan udara. Kesan negatif lain ialah munculnya masalah sosial dan kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, rogol, kecurian dan sebagainya. Perkara sebegini sudah tentunya akan menjejaskan imej negara.

Contohnya kes pembunuhan kejam seorang pegawai bank yang berlaku di Subang Jaya baru-baru ini. Hal ini terjadi kerana majikan sewenangnya mengambil pendatang asing bekerja dan turut membekalkan senjata api kepada mereka.

Dalam hal ini pihak berkuasa khususnya pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung dan mengembleng tenaga dalam membendung kemasukkan PATI. Undang-undang juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih efisyen lagi. Operasi mengesan , menahan dan menghantar pulang pekerja asing tanpa izin perlu diteruskan kerana dilihat amat berkesan dalam membendung kebanjiran warga asing di Malaysia.
Konklusinya Malaysia sememangnya memerlukan tenaga kerja asing untuk membantu pertumbuhan negara. Tidak dinafikan kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara tapi pada waktu yang sama turut menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing bagi membasmi fenomena ini supaya tidak menjadi lebih parah sehingga sukar dikawal seterusnya menimbulkan kesan negatif terhadap sistem sosial, ekonomi dan  politik Negara.

statistik jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia 







Video operasi yang dilakukan oleh PDRM

CCTV Video Rompakan Ambank Subang USJ Pengurus operasi maut ditembak pengawal keselamatan

22 pengawal keselamatan guna IC palsu ditahan

Kad Biometrik Ciri  Khas Untuk Pekerja Asing

                          35 pendatang ditahan sebaik turun bas

Kejayaan Ops Cantas


Senjata api pembunuh pegawai Ambank ditemui

Thursday, 21 November 2013

Keajaiban Dunia

Subhanallah, Sungguh dan memang Allah SWT yang menciptakan segalanya, diantaranya adalah alam. Alam menyimpan semua kejadian-kejadian menarik dan Menakjubkan diseluruh Dunia. pada kali ini Surganya dunia akan menampilkan 25 Keajaiban Alam Ciptaan Allah SWT yang Indah dan dijamin akan membuat merasa kagum :
1. The Wave (antara Arizona and Utah – USA)
Batuan merah yang menarik perhatian di perbatasan Arizona-Utah. “The Wave” terbentuk 190 juta tahun yang lalu dari sebuah sand dune yang menjadi batuan. Formasi batuan hanya dapat diakses melalui 3 mil pendakian kaki dan diatur secara ketat.
2. Antelope Canyon (Arizona – USA)
Menjadi salah satu situs fotografi yang paling sering dikunjungi di baratdaya Amerika, Antelope Canyon berlokasi di dataran Navajo dekat Page, Arizona. Tersusun daru 2 bagian terpisah, bagian atas (“The Cracks”) dan bagian bawah (“The Corkscrew”=pembuka botol)
3. Great Blue Hole (Belize, Afrika)
Bagian dari sistem terumbu Lighthouse, “The Great Blue Hole” terbaring kurang lebih 60 mil dari dataran utama di luar kota Belize. “The Great Blue Hole” memiliki ukuran besar, hampir membentuk lubang lingkaran sempurna dengan diameter kurang lebih 0.4 km dan menjadi salah satu tempat penyelaman luar biasa di muka bumi. Di dalam lubang ini, air memiliki kedalaman 145 meter dan memberikan warna biru tua yang menyebabkan tempat ini disebut “Blue Hole”.
4. Crystal Cave of the Giants (Mexico, Amerika)
Ditemukan jauh di dalam penambangan di selatan Chihuahua Mexico, kristal-kristal ini terbentuk pada gua alami yang dibatasi seluruhnya dengan bedrock. Dapat dijumpai kristal-kristal yang sangat panjang, hingga yang setinggi pohon pinus dan pada beberapa keadaan, dapat memiliki warna perak dan emas translucent dengan bentuk yang beragam. “The Crystal Cave of the Giants” ditemukan pada tubuh batugamping yang mengandung perak-seng-timbal, dieksploitasi oleh pertambangan dan juga kemungkinan terlarut oleh fluida hidrothermal yang mengandung logam dan mengkritalisasi gipsum selama tahap penyusutan saat mineralisasi.
 
5. Eye of the Sahara (Mauritania, Afrika)
Bentuk permukaan spektakular ini terdapat di Mauritania, pada bagian barat laut gurun Sahar dan berukuran sangat besar dengan diameter 30 mil yang terlihat mencolok dari luar angkasa. Disebut juga struktur Richat – atau mata Sahara – formasi ini diperkirakan berasal dari hantaman meteorit yang kuat, namun saat ini geologis percaya bahwa ini adalah hasil dari uplift dan erosi. Penyebab bentuknya yang bundar masih menjadi misteri.
6. Blue Lake Cave (Brazil, Amerika)
Tempat terkenal dunia “Gruta do Lagu Azul” (Blue lake Cave) merupakan bangunan alami yang secara interior disusun oleh stalagtit, stalagmit dan danau biru raksasa yang sangat indah. Keindahan danau ini merupakan sesuatu yang sangat impresif. “The Blue Lake Cave” juga memiliki berbagai variasi formasi geologi namun warna biru yang sangat indah di dalamnya merupakan hal utama yang mengesankan dari danau ini.
7. Giants Causeway (Irlandia, Eropa)
Area dengan kurang lebih 40.000 kolom-kolom basalt yang saling bersambung, “The Giants Causeway” merupakan hasil dari erupsi vulkanik di masa lampau. Berlokasi di pesisir timur laut dari Irlandia Utara, kebanyakan dari kolom ini berbentuk heksagonal, walaupun banyak juga dijumpai berbentuk empat, lima, tujuh dan delapan sisi. Kolom tertinggi sekitar 12 meter, dan terdapat lava yang membeku sedalam 28 meter di tebingnya. Pada polling tahun 2005 dari pembaca “Radiot Times”, lokasi ini disebut sebagai keajaiban alami keempat terbesar di Inggris.
8. Hell Gate (Uzbekistan, Asia)
Dinamakan oleh penduduk lokal “Gerbang menuju neraka”, tempat ini berlokasi di dekat kota kecil Darvaz. Ketika geologis menggali untuk gas, 35 tahun yang lalu, mereka tiba-tiba menemukan gua bawah tanah yang sangat besar. Tidak ada yang berani untuk memasuki karena gua tersebut penuh terisi dengan gas, sehingga mereka membakarnya agar tidak ada gas beracun yang keluar dari lubang tersebut, dan semenjak itu terbakar. Tidak ada yang mengetahui berapa ton gas yang berkualitas telah terbakar selama bertahun-tahun dan nampak seperti tidak akan habis.
9. Wave Rock (Australia)
“Wave Rock” adalah sebuah formasi batuan alami berlokasi di sebelah barat Australia. Namanya diambil dari fakta bahwa bentuknya yang menyerupai ombak laut tinggi yang pecah. Singkapan total menutupi beberapa hektar; bagian “ombak” dari batuan memiliki tinggi sekitar 15 meter dan kurang lebih 110 meter panjangnya. Salah satu aspek yang jarang diperlihatkan di fotografi adalah dinding penguat yang sekitar setengah bagian dari batuan.
10. Chocolate Hills (Filipina, Asia)
Tersusun oleh sekitar 1268 lembah berbentuk kerucut sempurna dengan ukuran yang seragam pada area lebih dari 50 kilometer persegi, formasi geologi yang tidak umum ini, dinamakan “Choclate Hills”, berlokasi di Bohol, Filipina. Terdapat beberapa hipotesis berkaitan dengan pembentukan lembah ini. Beberapa meliputi pelapukan batugamping sederhana, vulkanisme sub-oseanik, uplift dari lantai samudera dan beberapa teori baru yang mengaitkan tentang runtuhnya gunung api aktif masa lalu yang memuntahkan blok besar batuan yang kemudian ditutupi batugamping dan akhirnya terdesak keluar dari laut.
11. Light Pillar
Fenomena visual yg tercipta krn pantulan cahaya
12. Catatumbo lightning
Keajaiban alam yg tinggal kenangan krn dihancurkan oleh letusan gunung berapi tarawera pada tahun 1886, Fenomena alam air hangat ini terbentuk dari semburan geyser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan es, kolam air hangat terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancuranya fenomena ini masuk kedalam “The Eighth Wonder of the World”
13. Penitentes
Fenomena alam yg hanya terjadi di tempat antara Chili dan Argentina, yaitu salju di permukaan yg tinggi yg runcing karena tiupan angin yang kuat di pegunungan andes.
14. Sun Dogs
Fenomena dimana matahari terlihat berjumlah 3 buah.
15. Red Tides
Sebuah fenomena alam yg terjadi krn berkumpulnya mikroorganisme dipesisir tempat bergabungnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah
16. Ice Circles
Lingkaran es fenomena yg sangat jarang sekali terjadi di air yg bersuhu dingin.. lingkaran es2 besar ini dapat ditemui di skandinavia dan Amerika utara, dan kejadian yg terbaru terjadi di Inggris, pada januari 2009
17. Green Canyon (Indonesia)
18. Danau 3 Warna (Indonesia)
19. Danau Berwarna Pink (Australia)
20. Grand Canyon Arizona – USA
21.Niagara Falls -Canada
22.Antartika
23.Angel Falls – Venezuela
24.Mount Everest – Perbatasan Nepal & Tibet
25. Raja Ampat Papua – Indonesia
(DZ- Allanzhory)

Ciri-Ciri Ajaran Syiah


  1. Mereka tidak membansuh dalam wuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai khuf( kasut kulit).
  2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.
  3. Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai tempat sujud).
  4. Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.
  5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan solat zohor-ansar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
  6. Menghalalkan nikah mutaah.
  7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi saw dan isteri-isteri Nabi saw.
  8. Mencela imam-imam sunnah 4 mazhab seperti Imam Hanafi,Maliki,Syafie, dan Hanbali dan imam-imam hadis yang lain seperti Imam Bukhari dan Muslim.
  9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap, sepatutnya 2 kali ganda lebih tebal daripada al-Quran yang ada sekarang.
  10. Mengatakan Saidina Ali ra lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Uthman.
  11. Seorang syiah tidak boleh boleh diberikan nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan Aisyah.
  12. Beriktikad Imam-Imam 12 mereka adalah maksum (bebas daripada dosa besar dan dosa kecil). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang mengatakan lebih tinggi dari kedudukan para Nabi dan Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
  13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi.
  14. Rukun islam pertama : mengucap dua kalimah syahadah tetapi bagi fahaman syiah adalah walayah (imam 12) . Oleh itu jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
  15. Kain kafan mayat mereka bertulis.
  16. Membaca talqin tetapi dengan menyebut imam-imam 12.
  17. Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah . Biasanya di dalam bilik.
  18. Suami halal meliwat isteri.
  19. Harus taqiah (boleh menipu,berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
  20. Mereka tidak ada solat terawih. Jika ada orang syiah berterawih adalah bertujuan bertaqiah.
  21. Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah Allah ketika mereka ditimpa musibah.
  22. Orang syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
  23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti hari memperingati terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Talib dan peringatan terbunuhnya Saidina Hussien bin Abi Talib , pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul-mukul badan mereka dengan tangan kosong, tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka akan mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang atau belati untuk menumpahkan darah atau melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

Kongsi Gelap

 Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

        Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.Kebaikan yang diamalkan dalam ahli kongsi gelap adalah melindungi ahli keluarga sendiri lebih dari diri sendiri dan juga setia kawan.

         Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.

         Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong-pelombong bijih timah yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong-pelombong ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli-ahli baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,35,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,35,36,360,77,99,313(pesima) dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap 35 merupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India. Jadi, ia dianggap sebagai satu-satunya kumpulan kongsi gelap India. Kumpulan-kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.

        Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Kung (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

        Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Sumber: Wikipedia