Program 6P: 3,886 pendatang, 106 majikan kena
tindakan
2012/01/19
KUALA LUMPUR: Seramai 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang
diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen dikenakan pelbagai
tindakan.
Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa
izin yang diperiksa dalam operasi itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823
pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa
izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan
kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam
siasatan.
"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui
proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan
hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10
Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari
ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan
pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan
majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan,
11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928
pendatang tanpa izin).
Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823
majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065
pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan
Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).
KDN memulakan
proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011
hingga 10 Januari lalu. - BERNAMA
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.
"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).
Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).
KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Januari lalu. - BERNAMA
Pendatang asing bermaksud kemasukan individu atau sekumpulan manusia dari
sebuah negara ke negara lain dengan objektif dan matlamat tertentu. Pendatang asing
terdiri daripada dua ketegori iaitu
pendatang asing yang sah iaitu individu yang mendapat keizinan berdasarkankan
Akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan dan satu lagi pendatang
asing tanpa izin (PATI) merupakan individu sebaliknya dan memasuki sesebuah
negara secara haram.
Salah satu faktor kemasukan pendatang asing ialah kerana rakyat tempatan
terlalu memilih dalam soal pekerjaan menyebabkan negara kekurangan pekerja di
pelbagai sektor.
Selain itu, majoriti pendatang asing tidak memilih kerja dan sanggup menerima
upah yang diberikan oleh majikan walaupun rendah. Justeru, majikan boleh mendapat
keuntungan yang lebih banyak disamping menjimatkan kos. Faktor kemiskinan dan
pengangguran di negara asal juga menyebabkan mereka berhijrah dan mencari pekerjaan di negara yang
aman dan bebas untuk menampung keluarga.
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia juga mempunyai kesan positif
seperti dapat mempercepatkan proses pembangunan negara selari dengan usaha
untuk mencapai misi dan visi Negara. Selain menaikkan imej negara kedatangan warga asing juga dapat membantu mempromosikan negara di mata dunia. Hal ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti negara melalui pertukaran
teknologi dan maklumat.
Namun begitu, kebanjiran pendatang asing turut membawa kesan buruk seperti
menularnya wabak penyakit berbahaya lantaran tiada pemeriksaan kesihatan seperti
yang dilakukan di Malaysia. Tambahan pula kebanyakan pekerja asing terutama
golongan wanita yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan turut menyebarkan
penyakit pada rakyat tempatan.
Selain itu, kesan kedatangan pendatang asing ke
Malaysia juga akan menyebabkan ekonomi negara berkurangan kerana mereka sudah
pasti akan mengirimkan sebahagian gaji yang diperolehi ke negara asal mereka. Di sampingan
itu, kewujudan kawasan setinggan yang tidak sistematik boleh menyebabkan
pencemaran air dan udara. Kesan negatif lain ialah
munculnya masalah sosial dan kes jenayah seperti pembunuhan,
rompakan, rogol, kecurian dan sebagainya. Perkara sebegini sudah
tentunya akan menjejaskan imej negara.
Contohnya kes pembunuhan kejam seorang pegawai bank
yang berlaku di Subang Jaya baru-baru ini. Hal ini terjadi kerana majikan
sewenangnya mengambil pendatang asing bekerja dan turut membekalkan senjata api
kepada mereka.
Dalam hal ini pihak berkuasa khususnya pihak polis marin, imigresen dan
tentera laut hendaklah bergabung dan mengembleng tenaga dalam membendung
kemasukkan PATI. Undang-undang juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih efisyen
lagi. Operasi mengesan , menahan dan menghantar pulang pekerja asing tanpa izin
perlu diteruskan kerana dilihat amat berkesan dalam membendung kebanjiran warga
asing di Malaysia.
Konklusinya Malaysia
sememangnya memerlukan tenaga kerja asing untuk membantu pertumbuhan negara.
Tidak dinafikan kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara
tapi pada waktu yang sama turut menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, semua
pihak haruslah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta memainkan
peranan masing-masing bagi membasmi fenomena ini supaya tidak menjadi lebih
parah sehingga sukar dikawal seterusnya menimbulkan kesan negatif terhadap sistem
sosial, ekonomi dan politik Negara.
statistik jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia
Video operasi yang dilakukan oleh PDRM
CCTV Video Rompakan Ambank Subang USJ Pengurus operasi maut ditembak pengawal keselamatan
22 pengawal keselamatan guna IC palsu ditahan
Kad Biometrik Ciri Khas Untuk Pekerja Asing
35 pendatang ditahan sebaik turun bas
Kejayaan Ops Cantas
Senjata api pembunuh pegawai Ambank ditemui
Pendatang asing bermaksud kemasukan individu atau sekumpulan manusia dari
sebuah negara ke negara lain dengan objektif dan matlamat tertentu. Pendatang asing
terdiri daripada dua ketegori iaitu
pendatang asing yang sah iaitu individu yang mendapat keizinan berdasarkankan
Akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan dan satu lagi pendatang
asing tanpa izin (PATI) merupakan individu sebaliknya dan memasuki sesebuah
negara secara haram.
Selain itu, majoriti pendatang asing tidak memilih kerja dan sanggup menerima upah yang diberikan oleh majikan walaupun rendah. Justeru, majikan boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak disamping menjimatkan kos. Faktor kemiskinan dan pengangguran di negara asal juga menyebabkan mereka berhijrah dan mencari pekerjaan di negara yang aman dan bebas untuk menampung keluarga.
Contohnya kes pembunuhan kejam seorang pegawai bank yang berlaku di Subang Jaya baru-baru ini. Hal ini terjadi kerana majikan sewenangnya mengambil pendatang asing bekerja dan turut membekalkan senjata api kepada mereka.
Dalam hal ini pihak berkuasa khususnya pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung dan mengembleng tenaga dalam membendung kemasukkan PATI. Undang-undang juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih efisyen lagi. Operasi mengesan , menahan dan menghantar pulang pekerja asing tanpa izin perlu diteruskan kerana dilihat amat berkesan dalam membendung kebanjiran warga asing di Malaysia.
Konklusinya Malaysia
sememangnya memerlukan tenaga kerja asing untuk membantu pertumbuhan negara.
Tidak dinafikan kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara
tapi pada waktu yang sama turut menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, semua
pihak haruslah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta memainkan
peranan masing-masing bagi membasmi fenomena ini supaya tidak menjadi lebih
parah sehingga sukar dikawal seterusnya menimbulkan kesan negatif terhadap sistem
sosial, ekonomi dan politik Negara.
statistik jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia |
Video operasi yang dilakukan oleh PDRM
CCTV Video Rompakan Ambank Subang USJ Pengurus operasi maut ditembak pengawal keselamatan
22 pengawal keselamatan guna IC palsu ditahan
Kad Biometrik Ciri Khas Untuk Pekerja Asing
35 pendatang ditahan sebaik turun bas
Kejayaan Ops Cantas
Senjata api pembunuh pegawai Ambank ditemui
No comments:
Post a Comment