Orangnya ramah, sangat merendah diri dan murah sekali
dengan senyuman, saat bertemu dengan Datuk Ibrahim Yahaya di Wisma Bernama TV,
kami terus rancak berbual seolah-olah sudah lama kenal. Bukan sahaja tidak
lokek dengan ilmu, malahan beliau juga senang berkongsi cerita tentang diri,
karier dan keluarganya.
Datuk Ibrahim Yahaya ataupun lebih sinonim dengan
panggilan “Tiger” dilahirkan pada 4 December 1960 dan telah mendirikan rumah
tangga dengan wanita pilihan hatinya Datin Rohaiza Hashim. Beliau sememangnya
meminati bidang kewartawanan sejak dari zaman persekolahan lagi, dan kegemaran
beliau ialah membaca surat khabar dari helaian muka pertama hingga helaian yang
terakhir dan beliau juga senantiasa mengikuti perkembangan dan isu semasa.
Beliau juga sering menulis artikel dan dan artikel
pertamanya telah terpilih untuk dimuatkan dalam Dewan Masyarakat. Hal ini secara
tidak langsung menjadi sumber inspirasi pemangkin dan pembakar semangat kepada
beliau untuk terus melebarkan sayapnya dalam dunia penulisan. Selepas tamat
dari Melaka High School beliau lantas menyambung pengajiannya di UiTM dalam
bidang Mass Comunication pada tahun 1981 hingga 1983.
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
kewartawanan dan penyiaran dan telah dilantik berkhidmat di pelbagai jawatan.
Kerjaya beliau bermula sebagai Research Officer selama sebulan di Dewan Bahasa
Dan Pustaka, kemudian berkhidmat di Berita Harian, TV3 , Berita Publishing dan
beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Media kepada Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sehingga March 2011 sebelum menjadi
Present CEO Bernama TV sehingga sekarang.
Kenangan Di ITM
Mengimbau kembali detik-detik ketika di ITM membuatkan
beliau tersenyum seketika kerana terlalu banyak kenangan-kenangan manis yang
tidak dapat dilupakan kerana baginya zaman bergelar seorang mahasiswa dan
mahasiswi adalah satu zaman yang begitu menyeronokan.
Ketika di ITM beliau juga bergiat aktif dalam pelbagai
bidang termasuklah menjadi anggota PALAPES (ROTU) berpangkat sarjan sehingga ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda , sikap tegas tidak menghalangnya untuk melibatkan diri
dalam bidang drama, yang menariknya beliau juga pernah menulis sendiri skrip
untuk drama lakonannya sehingga terpilih sebagai pelakon lelaki terbaik dalam
Festival Drama ITM 1982.
“Setiap pelajar perlulah bergiat aktif dalam pelbagai
aktivit dan tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata dan semangat ini
perlulah dididik sejak dari peringkat sekolah lagi”
Menyentuh tentang tentang perbezaan dari aspek sistem pendidikan di ITM dulu dan sekarang ialah
kebanyakan pensyarah dahulu terdiri daripada golongan yang bekerja di luar
berbanding sekarang kebanyakan adalah dalam kampus sendiri.
“Perkara sebegini sepatutnya diteruskan kerana
pelajar-pelajar akan mendapat maklumat dan input-input terkini daripada
kalangan yang benar-benar berada di pasaran, pelajar-pelajar juga akan mendapat
pendedahan yang mendalam tentang segala isu yang berkaitan”.
Wartawan yang hebat perlu mempunyai semangat ingin tahu
Lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena penulisan ,
pelbagai onak duri, pahit manis dan ranjau telah dilalui demi sebuah cita-cita.
Menurut Datuk Ibrahim lagi untuk menjadi seorang wartawan yang hebat perlulah
mempunyai semangat ingn tahu dalam mendapatkan pelbagai maklumat dan rangkaian
yang meluas perlulah dibentuk.
“Setiap tugas yang diberikan haruslah dilakukan dengan
penuh minat dan dedikasi. Setiap wartawan perlulah diberikan latihan , didikan
dan dibentuk untuk menjadi yang terbaik. Oleh itu, setiap organisasi perlulah
mempunyai perancangan dalam membentuk satu rangkaian yang mantap dan hebat”.
“Konsep yang saya amalkan mudah iaitu tidak membezakan
antara profesional dan personal dan menilai setiap individu dari aspek kebolehan
mereka walaupun tidak mengenali dan tidak pernah menghabiskan masa bersama-sama”.
“ Saya masih ingat ketika menjadi Penasihat Media RTM saya
telah membentuk satu pendekatan program latihan kepada wartawan-wartawan pelatih
dan Alhamdulillah stesyen RTM berjaya membentuk satu rangkaian yang hebat
sehingga kini masih lagi diteruskan dengan pelbagai penambahbaikan.”
Perkembangan media baru
“Jika dilihat kepada perkembangan media kini antara alternatif
media kepada media cetak dan media elektronik ialah media sosial kerana pada masa
kini media sosial semakin mendapat tempat terutamanya kepada pembangkang dalam
memenangi peperangan persepsi .” ujarnya.
“saya perpegang
kepda falsafah jadilah yang terbaik dan buatlah yang terbaik walaupun hanya
sekadar seorang penyapu sampah”.
Sebelum mengakhiri perbualan beliau sempat berpesan
kepada pelajar-pelajar UiTM supaya belajar bersungguh-sungguh dan setiap yang
dilakukan perlulah disertai dengan minat yang mendalam kerana daripada minat
akan terbentuknya satu gerak kerja yang lebih tersusun.
“jika kita melakukan pekerjaan hanya untuk mencari
rezeki demi sesuap nasi maka perkara yang dilakukan tidak akan bergerak sesuci
seperti yang dikehendaki tetapi jika disertai dengan minat maka kita akan
berusaha gigih untuk memastikan segala hasil yang dikeluarkan adalah yang
terbaik”.
“saya perpegang kepda falsafah jadilah yang terbaik dan
buatlah yang terbaik walaupun hanya sekadar seorang penyapu sampah”.
Bersama anak-anak dan isteri tercinta |
Oleh : Fieda Mohamad
No comments:
Post a Comment