Blog Suara Murba dalam artikelnya yang bertajuk Kebebasan Berita Dan Informasi Siber: Suatu
Paradoks menghuraikan tentang Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang
menerangkan bahawa “Tiada
apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan
Internet (AKM 1998:3.3)”. Perakuan tersebut diulangi melalui Bil Jaminan
Koridor Raya Multimedia.
Sebelum itu, lebih baik sekiranya kita memahami terlebih
dahulu maksud Paradoks. Paradoks mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ,DBP
(2005:1139) ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum
sementara ‘Memahamai Istilah Sastera’, Karya Bistari (Rahman Shaari, 1985:70)
mengatakan paradox ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu kurang
menyakinkan walaupun betul pengertiannya.
Walaupun media dikatakan bebas namun tidak sebenarnya
dalam erti kata kebebasan mutlak yang sebenar-benarnya. Kesannya daripada
kebebasan media ini maka lahirlah manusia-manusia yang hilang jati diri, moral
dan akhlak serta nilai-nilai murni kerana yang ada hanyalah caci maki, sumpah
seranah dan dendam serta api kebencian yang entah bila akan
berakhir.
Masyarakat hari ini lebih gemar menggunakan medium media baru
dalam menyampaikan sesuatu kerana media baru lebih mudah mempengaruhi pembaca
dan cepat serta pantas berbanding media arus perdana .
Saya sangat bersetuju jika dikatakan dunia siber sememangnya paradoks. Hal ini jelas jika dilihat bertapa rendahnya tahap intelektual masyarakat kini yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat dan menggunakan perkata-perkataan yang tidak sepatutnya.
Jumlah Pengguna Internet di Malaysia
1997
|
137,400
|
1998
|
600,000
|
1999
|
1,500,000
|
2000
|
3,700,000
|
2001
|
5,700,000
|
2002
|
7,800,000
|
2003
|
8,600,000
|
2004
|
9,002,000
|
2005
|
10,040,000
|
2006
|
11,016,000
|
2007
|
13,528,000
|
2008
|
15,274,000
|
2009
|
16,902,600
|
2010
|
17,200,000
|
Artikel Balkanisasi Siber: Ganguan Kepada Semangat 1 Malaysia ( http://suaramurba.blogspot.com/2011/11/artikel-3-balkanisasi...) pula menghuraikan tentang maksud Balkanisasi yang dipekenalkan oleh Cass Sastein (2002) sebagai Balkaninsasi Siber iaitu berkaitan analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
Balkanisasi boleh mengugat falsafah demokarasi kerana
bahan-bahan yang dipaparkan melalui arus perdana seringkali diketepikan dan
masyarakat kini lebih banyak menggunakan media baru untuk mendapatkan sesutu
maklumat dan berita.
Balkanisasi ini sememangnya bebas tetapi kebebasan tersebut membuatkan masyarakat terpisah , menolak perkongsian maklumat dan menjadi ganas serta ekstrem antara satu sama lain. Kelompok sebegini seolah-olah sudah hilang kewarasan akal untuk berfikir dan terlalu obses dengan sesuatu yang diagung-agungkan dan terlau mengangkat Sesutu secara belebihan.
Kebebasan media akan memungkinkan pertambahan maklumat, ilmu
dan idea untuk membanunkan tahap intelek rakyat namun dalam pada waktu yang sama
kebebasan tersebut disalahgunakan oleh sesetengah pihak dan individu yang tidak
bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan
sebagainya bertujuan menjatuhkan ataupun memalukan pihak
tertentu.
Sebagai contoh dengan mengunagkan ‘Google’ iaitu salah satu
ejen carian maklumat yang popular , dengan hanya menaip sahaja apa yang
diinginkan berjuta-juta maklumat akan dipaparkan sedangkan kesahihannya belum
terbukti. Hal ini sudah tentu akan mencetuskn konflik dalam
masyarakat.
Sehingga 20 Mac 2010, kajian singkat yang diperoleh daripada
enjin carian Google mendapati bahawa caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum oleh
golongan dan individu yang tidak bertanggungjawab amat banyak (Rahmat Ghazali
2010).
Kata-kata kesat
|
Jumlah laman web, blog, portal maklumat dll yang
mengandungnya
|
“Melayu”+ “Babi”
|
703,000
|
“Melayu”+ “Sial”
|
139,000
|
“Melayu”+ “Celaka”
|
108,000
|
“Cina”+ “Babi”
|
661,000
|
“Cina”+ “Sial”
|
119,000
|
“Cina”+ “Celaka”
|
82,000
|
“Keling”+ “Babi”
|
116,000
|
“Keling”+ “Sial”
|
15,900
|
“Keling”+ “Celaka”
|
41,600
|
Kesimpualannya balkanisasi bukan sahaja membuatkan
masyarakat berpecah belah dan mengancam perpaduan namun menjadikan masyarakat
hari ini menjadi ganas , sosial dan mewujudkan satu koloni yang obeses terhadap
seuatu. Hal ini akan menyebabkan sosial ,ekonomi dan politik Negara sukar untuk
berkembang. Oleh itu, kebebasan media dan demokrasi haruslah disertai dengan
rasa tanggungjawab dan etika.
Indra Putra diugut bunuh
Oleh
Asmizan Mohd Samiran dan Azlan Hafeedz
Kota
Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh
upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin,
penyerang pasukan bola sepak Kelantan).
“Kalau
dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian
coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan
Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).
Ugutan
bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku
akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu
yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.
Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.
Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.
STATUS Facebook berunsur ugutan dan kutukan terus
kepada Indra dan pengadil perlawanan.
Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IndraPutradiugutbu...
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
No comments:
Post a Comment