Kolokium
Kritikan Media merupakan program yang bertemakan akademik dan pembangunan modal
insan. Program ini dijalankan bertujuan membincangkan isu terkini dalam dunia
kewartawanan, undang- undang, Negara dan prestasi pengamal media massa serta
perkembangan dunia kewartawanan di dalam mahupun di luar Negara.
Pemilihan panel yang sesuai dan bertepatan dengan tajuk yang telah dipilih
sedikit sebanyak mampu mencapai objektif dan matlamat yang diinginkan. Selain
itu, kolokium juga merupakan persidangan untuk membincangkan tentang hubungan
antara pihak yang terlibat dengan media dalam proses mendapatkan maklumat
semasa membuat sesuatu liputan.
Selain itu ia juga bertujuan mendedahkan
kepada para pelajar masalah, cabaran dan dilemma yang dihadapi di dalam dunia
kewartawanan selain memberikan informasi serta ilmu pengetahuan kepada para
pelajar mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain dilakukan untuk memberi
pendedahan yang meluas kepada para mahasiswa, ia juga diharap dapat membentuk
mahasiswa yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran dan kepimpinan
malah peka kepada masyarakat sekeliling.
Pada
10 November 2012 yang lalu pelajar Kewartawanan Semester 5, Fakulti Komunikasi
dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia, Shah Alam telah
menganjurkan Kolokium Kritikan Media Kali Ke-27 dengan topik yang dipilih kali
ini adalah Environmental Jouranalism
Ada Bagaikan Tiada yang berlangsung di Dewan Kuliah 1,
Menara SAAS UiTM Shah Alam dan antara ahli panel jemputan ialah Norshidawati
Abd Rasid merupakan seorang Pengurus Pendidikan Formal Alam Sekitar (WWF),
Datuk Zainul Ariffin Md Isa,merupakan Ketua di Bahagian Media Baru iaitu Media
Prima dan tidak asing lagi Dato’ Karam Singh Walia,Ketua Meja Alam Sekitar TV3
.
Slot
pertama yang bertajuk Sosiologi Maklumat Berkaitan Alam Sekitar, Penerimaan dan
Kesedaran Dalam Masyarakat Malaysia manampilkan Norshidawati.Menurut beliau orang
ramai perlu mempunyai asas dalam bidang
sains supaya tidak ketinggalan.Sehiggga kini 72 kampus telah terlibat dalam projek yang
dijalankan oleh pihak mereka.Mereka juga banyak menanjurkan program-program
kesedaran dan tentang alam sekitar
Ulasan Statistik dan
Persekitaraan Di mana Impaknya? yang
menampilkan Dato’ Zainul dan menurut beliau pihak mereka telah melancarkan program Gerakan
Hijau dan setakat ini sebanyak 45 agensi telah berminat untuk menyampaikan
pembentangan.Menurut beliau lagi perubahan sikap adalah penting dan masyarakat kini
memerlukan pendidikan alam sekitar secara rasmi.Oleh demikian media menjadi
perantaraan ataupun medium penting dalam menyampaikan kesedaran tentang alam
sekitar kepada orang ramai.Kerjasama antara NGO dan badan-badan kerajaan dalam
menjalankan aktiviti dan program berkaitan alam sekitar banyak membantu dalam
menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.
Kepntingan “Enviromental
Journalism” di Malaysia.Dato’ Karam Singh Walia pula telah memperlihatkan
beberapa sedutan video dan liputan yang telah dilakukannya sepanjang
pembabitannya dalam industri kewartawanan ,dilihat para pelajar begitu teruja
sekali karana banyak pegalaman-pegalaman yang telah beliau lalui.Salah satu
liputan di Cameran Higland beliau membongkar tentang tanaman yang telah
dicemari oleh najis manusia kerana sumber airnya adalah dari saluran pembuangan
najis oleh pekerja-pekerja asing di tanah tinggi tersebut.Setelah isu tersebut didedah
umum barulah ada pihak-pihak yang membuka mata dan mengakuinya.
Sebelum menutup bicara Dato Karam Singh
Walia memberiatahu bahawa seorang wartawan sejati bukanlah seorang yang hanya meinginkan
nama dan populariti ataupun memenangi anugerah semata-mata tetapi lebih daripada
itu kerana pengalaman tidak boleh dibeli tetapi perlu dilalui sendiri.Wartawan
sejati akan melaporkan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab dan tulus ikhas
.Sementara minat yang mendalam dan rasa ingin mendidik serta mendedahkan masyarakat
tentang kepentingn alam sekitar mendorong beliau berusaha
bersunguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu,segala cabaran yang ditempui
sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan diangggp sebagai asam garam dalam
kehidupan kerana selagi hidup beliau
akan terus menabur bakti kepada masyarakat dan alam sekitar yang dicintai.
Konklusinya
diharapkan matlamat kolokium untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada
para pelajar dalam mengendalikan sesuatu program akademik di mana memerlukan
penglibatan pihak- pihak profesional dan seterusnya melahirkan siswa siswi yang
berani, kreatif dan berketerampilan sejajar dengan matlamat UiTM dalam
menghasilkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti akan tercapai.
Dari kiri Khairun Nizam (moderator), Norshidawati, Dato’ Zainul Ariffin Md. Isa dan Dato’ Karam Singh Walia
No comments:
Post a Comment