Zaman
kanak-kanak sememangnya zaman paling menyeronokan dan indah kerana tidak perlu
memikrkan apa-apa masalah. Dunia mereka hanya dipenuhi dengan barang-barnag
mainan yang beraneka warna, bentuk dan rupa.
Sudah menjadi lumrah ibu bapa kini yang sentiasa
sibuk akan memenuhi ruang bilik anak-anak dengan pelbagai jenis barang
permainan dan membiarkan mereka menghabiskan masa dengan barang-barang mainan
tersebut.
Pelbagai barang mainan dicipta
bertujuan merangsang minda si kecil. Namun apa yang membingkan jika tiadanya
pengawasan daripada ibu bapa kerana tidak semua barang mainan adalah selamat
dan berkualiti kerana anak-anak biasanya gemar memasukkan apa sahaja ke dalam
mulut.
Tambahan pula barang-barang yang
bersaiz kecil sudah tentu mudah sahaja masuk ditelan oleh anak-anak kecil yang
tidak tahu apa-apa. Bayangkan jika mereka tercekik dan mengalami sesak nafas.
Bukanlah bertujuan untuk menakutkan tetapi perkara sebegini banyak mendapat
liputan daripada media.
Kemungkinan ibu bapa juga terlepas
pandang kerana komponen permainan yang diperbuat daripada plastik kebiasaannya
mengandungi bahan-bahan kimia seperti plumbum dan logam yang membahayakan jika
ditelan.
Antibodi kanak-kanak adalah masih di
peringkat awal proses untuk berkembang. Perkara ini sedikit sebanyak boleh
menjejaskan proses tumbesaran dan mungkin akan mengakibatkan kesan yang lebih
buruk lagi jika dibiarkan.
Jika ingin memberikan alat-alat
permainan yang menggunakan tenaga elektrik khususnya kepada anak-anak, ibu bapa
perlulah mengawasi mereka supaya anak-anak menggunakan dengan cara yang betul
dan selamat.
Situasi yang sama turut berlaku di
taman permainan kerana jika tiada pengawasan daripada golongan yang lebih tua
sudah tentunya kanak-kanak bebas bertindak sesuka hati dan adakalanya bermain
dengan alat permainan yang tidak sesuai dengan tahap usia mereka. Hal ini boleh
mengundang bahaya.
Permainan seperti buaian contohya , jika
dilihat anak-anak kecil kebiasaannya suka menghayun tinggi dan ini boleh
mengundang kecederaan. Bayangkan jika buaian tersebut mengalami masalah dan tali buaian terputus tiba-tiba.
Tidakkah para ibu bapa
terfikirkan sebarang kemungkinan sebelum
membiarkan anak-anak bermain tanpa mendapat pengawasan daripada sesiapa dengan alasan kawasan permainan adalah
berdekatan dan tidak risau jika dibiarkan bersendirian.
Surirumah sepenuh masa, Puan Rohani Mansor, 31 berkata dia seringkali menghabiskan masa petangnya dengan menemani anak-anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun bermain di taman permainan yang berdekatan rumah .
“Walaupun jarak rumah dari kawasan
permainan dekat dan saya dapat melihat anak-anak bermain, namun saya tetap menemani mereka kerana khuatir
perkara tidak diingini berlaku memandangkan sebelum ini pernah terjadi dimana
seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang
mengalami kecederaan akibat terjatuh dari papan gelongsor”.
Ibu bapa perlulah menasihati
anak-anak supaya bermain dengan cara yang betul dan selamat serta mamastikan
alatan permainan adalah selamat dan
sempuna sebelum digunakan. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin kita
perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam menangani perkara yang tidak
diingini daripada berlaku.
No comments:
Post a Comment