Monday 2 December 2013

KEBANJIRAN WARGA ASING DI MALAYSIA




Program 6P: 3,886 pendatang, 106 majikan kena tindakan
2012/01/19

KUALA LUMPUR: Seramai 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen dikenakan pelbagai tindakan.

Mereka adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam, berkata berdasarkan statistik itu 823 pendatang tanpa izin dan empat majikan didakwa di mahkamah, 580 pendatang tanpa izin diusir dari negara ini, 257 pendatang tanpa izin dan 24 majikan dikenakan kompaun dan 1,452 pendatang tanpa izin serta 52 majikan masih dalam siasatan.

"Sehingga hari ini jumlah pendatang tanpa izin yang melalui proses pemutihan dan pengampunan ialah 341,956 orang, manakala 26,760 majikan hadir di lapan pusat setempat Program 6P sejak proses pemutihan bermula 10 Oktober tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, angka paling tinggi dicatatkan pusat setempat ialah Jabatan Imigresen Putrajaya dengan 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 pendatang tanpa izin, diikuti Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 pendatang tanpa izin), Kompleks KDN Johor Baharu (2,122 majikan, 8,928 pendatang tanpa izin).

Yang lain ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 pendatang), Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 pendatang), Kompleks KDN Kuantan, Pahang (1,339 majikan, 4,065 pendatang), Kompleks KDN Jalan Duta (759 majikan, 4,036 pendatang) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 pendatang).

KDN memulakan proses penguatkuasaan Proses Pemutihan di bawah program 6P pada 10 Okt 2011 hingga 10 Januari lalu. - BERNAMA
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
http://www.bharian.com.my/articles/Program6P_3_886pendatang_106majikankenatindakan/Article/print_html
                                                                 KOMEN

Pendatang asing bermaksud kemasukan individu atau sekumpulan manusia dari sebuah negara ke negara lain dengan objektif dan matlamat tertentu. Pendatang asing terdiri daripada dua  ketegori iaitu pendatang asing yang sah iaitu individu yang mendapat keizinan berdasarkankan Akta dan peraturan yang telah ditetapkan oleh negara berkenaan dan satu lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan individu sebaliknya dan memasuki sesebuah negara secara haram.
Salah satu faktor kemasukan pendatang asing ialah kerana rakyat tempatan terlalu memilih dalam soal pekerjaan menyebabkan negara kekurangan pekerja di pelbagai sektor. 

Selain itu, majoriti pendatang asing tidak memilih kerja dan sanggup menerima upah yang diberikan oleh majikan walaupun rendah. Justeru, majikan boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak disamping menjimatkan kos. Faktor kemiskinan dan pengangguran di negara asal juga menyebabkan mereka  berhijrah dan mencari pekerjaan di negara yang aman dan bebas untuk menampung keluarga.
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia juga mempunyai kesan positif seperti dapat mempercepatkan proses pembangunan negara selari dengan usaha untuk mencapai misi dan visi Negara. Selain menaikkan imej negara kedatangan warga asing juga dapat membantu mempromosikan negara di mata dunia. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti negara melalui pertukaran teknologi dan maklumat.
Namun begitu, kebanjiran pendatang asing turut membawa kesan buruk seperti menularnya wabak penyakit berbahaya lantaran tiada pemeriksaan kesihatan seperti yang dilakukan di Malaysia. Tambahan pula kebanyakan pekerja asing terutama golongan wanita yang menjadikan pelacuran sebagai sumber pendapatan turut menyebarkan penyakit pada rakyat tempatan.
Selain itu, kesan kedatangan pendatang asing ke Malaysia juga akan menyebabkan ekonomi negara berkurangan kerana mereka sudah pasti akan mengirimkan sebahagian gaji yang diperolehi ke negara asal mereka. Di sampingan itu, kewujudan kawasan setinggan yang tidak sistematik boleh menyebabkan pencemaran air dan udara. Kesan negatif lain ialah munculnya masalah sosial dan kes jenayah seperti pembunuhan, rompakan, rogol, kecurian dan sebagainya. Perkara sebegini sudah tentunya akan menjejaskan imej negara.

Contohnya kes pembunuhan kejam seorang pegawai bank yang berlaku di Subang Jaya baru-baru ini. Hal ini terjadi kerana majikan sewenangnya mengambil pendatang asing bekerja dan turut membekalkan senjata api kepada mereka.

Dalam hal ini pihak berkuasa khususnya pihak polis marin, imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung dan mengembleng tenaga dalam membendung kemasukkan PATI. Undang-undang juga perlu dikuatkuasakan dengan lebih efisyen lagi. Operasi mengesan , menahan dan menghantar pulang pekerja asing tanpa izin perlu diteruskan kerana dilihat amat berkesan dalam membendung kebanjiran warga asing di Malaysia.
Konklusinya Malaysia sememangnya memerlukan tenaga kerja asing untuk membantu pertumbuhan negara. Tidak dinafikan kemasukan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara tapi pada waktu yang sama turut menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, semua pihak haruslah bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing bagi membasmi fenomena ini supaya tidak menjadi lebih parah sehingga sukar dikawal seterusnya menimbulkan kesan negatif terhadap sistem sosial, ekonomi dan  politik Negara.

statistik jumlah kemasukan pendatang asing ke Malaysia 







Video operasi yang dilakukan oleh PDRM

CCTV Video Rompakan Ambank Subang USJ Pengurus operasi maut ditembak pengawal keselamatan

22 pengawal keselamatan guna IC palsu ditahan

Kad Biometrik Ciri  Khas Untuk Pekerja Asing

                          35 pendatang ditahan sebaik turun bas

Kejayaan Ops Cantas


Senjata api pembunuh pegawai Ambank ditemui

No comments:

Post a Comment