Monday 4 November 2013

TERUMBU KARANG MAKIN PUPUS



          Rata-rata mengunjungi Australia kerana negara benua terkecil dan pulau terbesar ini kerana menjanjikan percutian alam yang menakjubkan  dari keindahan terumbu karang di lautan, kehijauan hutan hujan tropika serta keunikan fauna yang jarang ditemui di tempat lain. Bagi mereka yang suka aktiviti menyelam,pasti tidak melepaskan peluang mengunjungi Great Barrier Reef (GBR) atau Terumbu Sawar Besar iaitu terumbu karang yang terletak di Laut Coral.Tapi kini hidupan tersebut hampai pupus.
          Menurut Profesor Khairul Nizam,saintis dari Pusat Perlindungan Batu Karang,Australia permasalahan yang dihadapi cukup rumit tetapi kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.Seperti yang sedia maklum Great Barrier Reef merupakan kawasan pelancongan utama di Australia dan atas faktor itu jugalah tempat ini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.
          Aktiviti dasar laut yang tidak mengikut peraturan pihak berkuasa juga menyebabkan isu peningkatan suhu di Great Barrier Reef.Walaupun hanya 2 higgga 3 darjah celcius tetapi suhu tersebut cukup untuk membunuh batu karang di kawasan ini dan sekaligus menjejaskan ekosistem bumi.
          Bukti bahawa Great Barrier Reef merupakan tarikan pelancong ialah pembawa obor sukan Olimpik Wendy telah menbawa obor Olimpik ke dasar laut dan telah melalui Great Barrier Reef.Masalah yang sama dihadapi diseluruh dunia ,pencemaran dan kerosakan akibat kapal karam dan tumpahan minyak.Hal ini menyebabkan jumlah wang yang banyak diperlukan untuk melindungi ekosistem.
          Kapal kontena Malaysia telah karam di kawasan tersebut dan menyebabkan tumpahan minyak terbesar di dunia yang pernah berlaku.Sejumlah penyelam terlibat dalam operasi dan memakan masa selama 2 bulan untuk proses pengalihan dan membuang batu karang yang tercemar dengan menggunakan hampagas,rentetan kejadian itu pada tahun 2001 terumbu karang telah menyusut dengan pantas .
          Faktor pencemaran juga disebabkan oleh bom dinamik yang digunakan ,pemburuan haram  tetapi amaran telah dikeluarkan pada tahun 2002 kerana dikhuatiri kawasan akan hilangnya daya tarikan dan warna-warna pada batu karang akan terhakis sekaligus megalami pemutihan.
          Apa yang membimbangkan apabila tiba musim panas cuaca akan meningkat dengn cepat dan ini sudah cukup memberi kesan pada Great Barrier Reef.Maklumat yang diterima daripada Penyelidik AIMS terdapat keadaan di kawasan Pulau Lizard megalami sindrom putih tetapi punca sindrom masih  belum dapat dikenalpasti oleh para saintis.
          Great Barrier Reef juga merupakan habitat dugong untuk membiak dan spesis penyu juga membiak di kawasan Great Barrier Reef.Aktiviti seperti meyelam juga sudah berkurangan akibat pencemaran.
          Kajian telah dijalankan dan didapati punca pencemaran akibat daripada bahan kimia yang dialirkan ke laut tetapi sumber bahan kimia tersebut tidak dapat dikesan dari  mana dan yang pasti populasi batu karang semakin berkurang.
        Pada tahun 2004 kerajaan Australia telah mewartakan zon penyelamat terumbu karang dengan mengharamkan penangkapan ikan dan pada 2006 pula menurut laporan daripada Dana Hidupan Sedunia tempoh hayat terumbu karang berkemungkinan mampu bertahan lebih kurang 10 tahun sahaja.
          Faktor lain juga berpunca daripada lumpur bertoksik yang dialirkan melaui pertanian.Akibat daripada proses pemendapan yang berlaku telah mencemarkan habitat terumbu karang .Jika kita masih ingat pengacara rancangan tv popular ‘Crocodile Hunter ‘ Steve Irwin mati disengap bisa ikan pari di Great Barrier Reef.






No comments:

Post a Comment