Monday 4 November 2013

REVIEW FILEM TANDA PUTERA




              Filem Tanda Putera berkisarkan tentang persahabatan antara Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa merahsiakan masalah kesihatan masing-masing ekoran peristiwa 13 Mei 1969 yang mencetuskan huru-hara kepada Malaysia.
          Tun Abdul Razak amat bimbangkan keadaan Negara ketika itu lalu  merahsiakan penyakit leukimia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan kerana yang menjadi keutamaannya ketika itu adalah keselamtan Negara dan rakyat.
          Semangat dan kecekalan mereka ketika itu  memberikan perangsang dan sumber inspirasi kepada golongan muda khususnya kepada pelajar institusi serta tenaga pengajar dan petugas pejabat.
         Tun abdul razak bersyukur  kerana ada rakan baiknya iaitu Tun dr ismail  yang masih dapat meneruskan agenda dan perancangan untuk membangnkan Negara serta menjaga keluarganya setelah ketiadaan beliau nanti. Namun peristiwa 13 Mei yang tercetus memberikan tamparan hebat kepada beliau.
         Lantas pelbagai perancangan dilakukan bagi memajukan Negara. Pelbagai ancaman telah dihadapi oleh beliau termasuk ancaman dari komunis .
         Oleh demikian Tun Abdul Razak telah mengambil langkah berani dengan mewujudkan kerjasama dengan China . Lantaran itu ,beliau dikecam  oleh kuasa barat dan Negara sekutu.
         Dalam waktu yang singkat Tun Abdul Razak bukan sahaja berjaya membawa rakyat keluar dari kepompong kemiskinan malahan menanamkan semangat baru kepada mereka. Tun Abdul Razak akhirnya menghembuskan nafasnya di London.
        Plot dimulakan dengan persaraan Y.T.M Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dan Allahyarham Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri kedua, dan Tun Abdul Razak  telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
        Tun Dr.Ismail begitu popular dan disegani oleh pemimpin samada dalam negeri mahupaun luar negara kerana kepetahan hujah dan idea-ideanya yang bernas. Tun Abdul Razak juga telah melantiknya menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan tragedi berdarah 13 Mei yang berlaku.
        Jasa dan bakti beliau yang paling besar ialah berjaya mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan Malaysia. Belaiu juga pernah menadapat pelbagai anugerah kerana kecemerlangnnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
        Belaiau juga telah menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Berjaya membantu negara dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969.
     Dengan semangatnya beliau berjaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menabur khidmat baktinya demi bangsa, negara dan tanah air. Beliu akhinya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada dalam usia 57 tahun ,pada 2 Ogos 1973 .
         Pemergian Tun Abdul Dr. Ismail merupakan satu kehilangan besar pada Negara dan Tun Abdul Razak sendiri . Bagi menghargai sumbangan dan jasa-jasa beliau ,jenazahnya telah dikebumilkan di Makam Pahlawan Negara, Masjid Negara atas kehendak Tun Abdul razak.
          Tun Abdul Razak meneruskan agenda untuk membengunkan Negara dengan melaksanankan  Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang. Tujuan dan matlamat utama DEB adalah untuk membasmi kemiskinan  dan mewujudkan perpaduan antara kaum. kerana kaum melayu ketika itu sangat miskin dan tidak diberikan peluang langsung untuk melibatkan diri dalam sector perniagaan kerana  dan ekonomi ketika itu dikuasi oleh kaum lain.
         Beliau amat menyangi tugasnya sebagai Menteri Luar Bandar dan Menteri Pelajaran sebelum beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Beliau juga tidak pernah lupa zaman kanak-kanaknya yang berkaki ayam kesekolah . Pengalaman banyak membuatkan beliau amat memahami dan bersimpati tentang nasib rakyat. Jika tidak bertugas di Luar Negara beliau akan meluangkan masa melawat kampong-kampung dan sekolah untuk memastikan segala infrasuktur dan projek-projek  berrjalan lancar.
         Beliau juga telah menubuhkan Barisan Nasional bagi mengantikan Parti Perikatan. Oleh kerana menderita penyakit leukimia beliu meninggal dunia di London ketika sedang mendapatkan rawatan. Sekali lagi negara kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber .
          Kesimpulannya, setelah menonton sendiri filem ini , Tanda Putera sememangnya sesuai ditonton dan wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda kerana ianya sebuah filem yang berdasarkan kisah benar berkaitan sejarah Negara dan tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku. Setelah pelbagai kontroversi dan spekulasi yang timbul akhirnya filem ini berjaya ditayangkan.
        Tanda Putera adalah sebuah filem yang sarat dengan emosi dan tragedi  yang pasti mempunyai pelbagai pengajaran dan teladan.  Pengarahnya berjaya mengolah plot penceritaan dengan gaya yang amat menarik. Saya yakin dan percaya sesiapa sahaja akan lebih mudah mengingati sejarah dan tidak lagi bosan untuk belajar sejarah jika ianya difilemkan asalkan tidak megubah fakta sejarah.
         Jelas terbukti bagaimana dua tokoh Negara ketika itu bertungkus lumus demi Negara dan rakyat serta sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran. Negara mengalami keadaan yang sangat sukar akibat penentangan bersenjata daripada komunis, dimana rakyat dibunuh dan diseksa dengan zalim tanpa belas kasihan.
       Masalah politik yang keterlaluan menyebabkan rakyat berpecah belah, rusuhan kaum yang menyebabkan tragedi 13 Mei dimana meyebakan ramai rakyat yang terkorban. Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail ketika itu yang mengalami penyakit kritikal masih memikirkan rakyat dan negara. Kerajaan megambil pedekatan bijak dengan menjalinkan kerjasama dengan China.
         Masalah kemiskinan bangsa melayu kerana sektor ekonomi dimonopoli oleh bangsa lain sedangkan ini adalah Negara mereka. Orang-orang melayu hanya berada di kampung-kampung dan menjalankan aktiviti sara diri sedangkan kaum-kaum lain terlibat dengan bidang perniagaan .
         Kemunduran anak-anak melayu dalam bidang pendidikan.  Hal ini jelas diperlihatkan dalam filem Tanda Putera dimana kanak-kanak terpaksa berjalan kaki kesekolah, dan infraskutur sekolah juga tidak sempurna dan tidak selsesa. Semuanya dapat ditangani oleh pemimpin ketika itu .
         Paling menyedihkan kerana umur mereka tidak panjang dan  mengalami masalah kesihatan yang kritikal. Walaupun begitu semangat dan impian mereka tidak pernah mati demi melihat bangsa melayu maju dan dipandang tinggi. Mereka bukan sahaja pemimpin yang berjiwa besar dan sangup berkorban untuk negara malah pemimpin yang mempunayai sifat kasih saying dan rendah diri.
         Setelah 56 tahun merdeka kita hari ini sangat bersyukur dan haruslah menghargai jasa-jasa pemimpin terdahulu kerana tanpa perjuangan mereka tidak mungkin kita mengecapi pelbagai nikmat pada hari ini.
         Bagi mereka yang bernasib baik telah mengenali Tun Razak manakala yang tidak pernah bertemu pula mendapat manfaat daripada usaha-usaha yang dijalankan dan sentiasa mengingati beliau.
     Selayaknya filem tanda putera dijadikan kajian ilmiah oleh para penuntut di institusi penajian tinggi masa kini. Setiap rakyat hendaklah tahu tentang perkara-perkara penting yang berlaku dalam Negara.

WATAK-WATAK UTAMA FILEM TANDA PUTERA




ANTARA BABAK-BABAK YANG TERDAPAT DALAM FILEM TANDA PUTERA



            



















No comments:

Post a Comment