Monday 18 November 2013

BLOG REVIEW : SUARA MURBA

                
          Blog Suara Murba dalam  artikelnya yang bertajuk Kebebasan Berita Dan Informasi Siber: Suatu Paradoks menghuraikan tentang Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang menerangkan bahawa “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet (AKM 1998:3.3)”.  Perakuan tersebut  diulangi melalui Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia.

          Sebelum itu, lebih baik sekiranya kita memahami terlebih dahulu maksud Paradoks. Paradoks mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ,DBP (2005:1139) ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum sementara ‘Memahamai Istilah Sastera’, Karya  Bistari (Rahman Shaari, 1985:70) mengatakan paradox ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu kurang menyakinkan walaupun betul pengertiannya.

          Walaupun media dikatakan bebas namun tidak sebenarnya dalam erti kata kebebasan mutlak yang sebenar-benarnya. Kesannya daripada kebebasan media ini maka lahirlah manusia-manusia yang hilang jati diri, moral dan akhlak serta nilai-nilai murni kerana yang ada hanyalah caci maki, sumpah seranah dan dendam serta api kebencian yang entah bila akan berakhir.

        Masyarakat hari ini lebih gemar menggunakan medium media baru dalam menyampaikan sesuatu kerana media baru lebih mudah mempengaruhi pembaca dan cepat serta pantas berbanding media arus perdana .

        Saya sangat bersetuju jika dikatakan dunia siber sememangnya paradoks. Hal ini jelas jika dilihat bertapa rendahnya tahap intelektual masyarakat kini yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat dan menggunakan perkata-perkataan yang tidak sepatutnya.

Jumlah Pengguna Internet di Malaysia
                                      
1997
137,400
1998
600,000
1999
1,500,000
2000
3,700,000
2001
5,700,000
2002
7,800,000
2003
8,600,000
2004
9,002,000
2005
10,040,000
2006
11,016,000
2007
13,528,000
2008
15,274,000
2009
16,902,600
2010
17,200,000

Artikel Balkanisasi Siber: Ganguan Kepada Semangat 1 Malaysia ( http://suaramurba.blogspot.com/2011/11/artikel-3-balkanisasi...) pula menghuraikan tentang maksud Balkanisasi yang dipekenalkan oleh Cass Sastein (2002) sebagai Balkaninsasi Siber iaitu berkaitan analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.

         Balkanisasi boleh mengugat falsafah demokarasi kerana bahan-bahan yang dipaparkan melalui arus perdana seringkali diketepikan dan masyarakat kini lebih banyak menggunakan media baru untuk mendapatkan sesutu maklumat dan berita.
          
        Balkanisasi ini sememangnya bebas tetapi kebebasan tersebut membuatkan masyarakat terpisah , menolak perkongsian maklumat dan menjadi ganas serta ekstrem antara satu sama lain. Kelompok sebegini seolah-olah sudah hilang kewarasan akal untuk berfikir dan terlalu obses dengan sesuatu yang diagung-agungkan dan terlau mengangkat Sesutu secara belebihan.

         Kebebasan media akan memungkinkan pertambahan maklumat, ilmu dan idea untuk membanunkan tahap intelek rakyat namun dalam pada waktu yang sama kebebasan tersebut disalahgunakan oleh sesetengah pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan sebagainya bertujuan menjatuhkan ataupun memalukan pihak tertentu.

        Sebagai contoh dengan mengunagkan ‘Google’ iaitu salah satu ejen carian maklumat yang popular , dengan hanya menaip sahaja apa yang diinginkan berjuta-juta maklumat akan dipaparkan sedangkan kesahihannya belum terbukti. Hal ini sudah tentu akan mencetuskn konflik dalam masyarakat.

        Sehingga 20 Mac 2010, kajian singkat yang diperoleh daripada enjin carian Google mendapati bahawa caci-cerca dan maki-hamun sesama kaum oleh golongan dan individu yang tidak bertanggungjawab amat banyak (Rahmat Ghazali 2010).


Kata-kata kesat
Jumlah laman web, blog, portal maklumat dll yang mengandungnya
“Melayu”+ “Babi”
703,000
“Melayu”+ “Sial”
139,000
“Melayu”+ “Celaka”
108,000
“Cina”+ “Babi”
661,000
“Cina”+ “Sial”
119,000
“Cina”+ “Celaka”
82,000
“Keling”+ “Babi”
116,000
“Keling”+ “Sial”
15,900
“Keling”+ “Celaka”
41,600


         Kesimpualannya balkanisasi bukan sahaja membuatkan masyarakat berpecah belah dan mengancam perpaduan namun menjadikan masyarakat hari ini menjadi ganas , sosial dan mewujudkan satu koloni yang obeses terhadap seuatu. Hal ini akan menyebabkan sosial ,ekonomi dan politik Negara sukar untuk berkembang. Oleh itu, kebebasan media dan demokrasi haruslah disertai dengan rasa tanggungjawab dan etika.


Indra Putra diugut bunuh

Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Azlan Hafeedz
Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).
“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).
Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.
Foto
STATUS Facebook berunsur ugutan dan kutukan terus kepada Indra dan pengadil perlawanan.

Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08

No comments:

Post a Comment