Monday 4 November 2013

RANGKA PAUS BRYDE

         MAHA merupakan satu pameran antarabangsa yang menghimpunkan kepelbagaian teknologi terkini hasil inovatif  Pertanian. Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau Malaysia Agriculture, Horticulture dan Agrotourism Show (MAHA 2012) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

       MAHA juga merupakan pameran perdagangan yang diadakan dwi tahunan dan dianjurkan oleh MOA. MAHA International 2012 telah berlangsung pada 23 November hingga 2 Disember 2012 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .

       Pada tahun ini terdapat 7 laman iaitu Laman Florikultur, Laman Herba, Laman Sayur-sayuran, Laman Padi, Laman Perikanan, Laman Nanas, Laman Jentera & Laman Ternakan Booth istimewa kepada golongan muda ‘Youth in agriculture’ memperlihatkan kejayaan 40 orang usahawan muda MAHA Heritage iaitu aktiviti kebudayaan dan pameran produk 13 negeri di Malaysia. Pameran Rangka Ikan paus besar dan akuarium besar & ikan asli dari Jabatan Perikanan Malaysia.

      Tanaman Buah Labu besar dan tembikai besar di Laman Sayur. Jentera pertanian besar di laman jentera .ICT park (lampu dengan special effect dinyalakan waktu malam.Rumah burung walit dan pertandingan burung serama di laman ternakan International Launch – Variety International Food Tekno Cafe berunsurkan teknologi dan melalui proses inovasi .

        Agro Bazaar memperlihatkan hasil produk tempatan tetapi kualiti antarabangsa . Durian Party di Bazaar Buah-buahan .Popular Dishes pula meyediakan hidangan makanan tempatan terpilih seluruh Malaysia . Pertandingan Memancing Terbesar juga diadakn di Laman Perikanan . BBQ Perdana di Laman Ternakan . Pameran Koleksi Pelbagai Hasil Buah-buahan terbaik . Tekno Showcase memperlihatkan pameran Teknologi Inovasi dan Pertanian

      Jabatan dan Agensi Kerajaan juga meyediakan Bantuan khidmat nasihat . Golongan remaja pula galakan pertanian melalui seminar & program ‘Young Entreprenuer’.  Golongan Profesional boleh melibatkan diri dalam seminar Teknologi & Inovasi terkini. Petani, penternak dan nelayan serta orang awam berpeluang memperoleh informasi terkini tentang bidang pertanian .

      Di laman perikanan salah satu yang menarik ialah tentang rangka ikan paus Bryde ,mengikut kronologi ikan paus tersebut telah dijumpai terdampar dan telah mati pada 9 Feb 2011 di Pantai Pulau Sayak, Kedah. Bangkai paus Bryde ini telah dijumpai oleh seorang kanakkanak di tepi pantai dan telah hampir reput.

     Selepas itu,bedah siasat telah dijalankan pada 11 Februari 2011 tetapi masih tidak dapat mengenal pasti sebarang punca kematian ,seterusnya pemeriksaan lanjut telah dijalankan keatas organorgan penting dan yang masih belum reput sepenuh seperti perut dan usus. Sampel tisu juga diambil untuk pemeriksaan selanjutnya.

      Proses berikutnya pada11 Feb 2011 daging dan isi badan ikan paus tersebut dibuang dan di bawa balik ke FRI Rantau Abang, kerjakerja membuang daging dan isi paus oleh kakitangan FRI Rantau Abang telah di bantu oleh pelatih SKM dari FRI Pulau Sayak dan kakitangan Jabatan Perikanan Kedah.Sementara tulangtulang paus tersebut telah sampai dan dipunggah di FRI Rantau Abang.

      Pemprosesan tulang di FRI Rantau Abang bermula13 Feb 2011.Ini termasuklah kerjakerja seperti merebus dan merendamkan tulangtulang paus tersebut .Proses akhir  ialah  proses pengeringn dan pemasangan tulangtulang paus tersebut. Akhirnya tulang tersebut lengkap dan siap untuk pameran pada bulan Mac 2011.















No comments:

Post a Comment