Monday 18 November 2013

MAINAN KANAK-KANAK UNDANG MAUT



          Zaman kanak-kanak sememangnya zaman paling menyeronokan dan indah kerana tidak perlu memikrkan apa-apa masalah. Dunia mereka hanya dipenuhi dengan barang-barnag mainan yang beraneka warna, bentuk dan rupa.

        Sudah  menjadi lumrah ibu bapa kini yang sentiasa sibuk akan memenuhi ruang bilik anak-anak dengan pelbagai jenis barang permainan dan membiarkan mereka menghabiskan masa dengan barang-barang mainan tersebut.
          Pelbagai barang mainan dicipta bertujuan merangsang minda si kecil. Namun apa yang membingkan jika tiadanya pengawasan daripada ibu bapa kerana tidak semua barang mainan adalah selamat dan berkualiti kerana anak-anak biasanya gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut.

        Tambahan pula barang-barang yang bersaiz kecil sudah tentu mudah sahaja masuk ditelan oleh anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa. Bayangkan jika mereka tercekik dan mengalami sesak nafas. Bukanlah bertujuan untuk menakutkan tetapi perkara sebegini banyak mendapat liputan daripada media.

      Kemungkinan ibu bapa juga terlepas pandang kerana komponen permainan yang diperbuat daripada plastik kebiasaannya mengandungi bahan-bahan kimia seperti plumbum dan logam yang membahayakan jika ditelan.

        Antibodi kanak-kanak adalah masih di peringkat awal proses untuk berkembang. Perkara ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan proses tumbesaran dan mungkin akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk lagi jika dibiarkan.
         Jika ingin memberikan alat-alat permainan yang menggunakan tenaga elektrik khususnya kepada anak-anak, ibu bapa perlulah mengawasi mereka supaya anak-anak menggunakan dengan cara yang betul dan selamat.
      
      Situasi yang sama turut berlaku di taman permainan kerana jika tiada pengawasan daripada golongan yang lebih tua sudah tentunya kanak-kanak bebas bertindak sesuka hati dan adakalanya bermain dengan alat permainan yang tidak sesuai dengan tahap usia mereka. Hal ini boleh mengundang bahaya.

       Permainan seperti buaian contohya , jika dilihat anak-anak kecil kebiasaannya suka menghayun tinggi dan ini boleh mengundang kecederaan. Bayangkan jika buaian tersebut  mengalami masalah dan tali buaian terputus tiba-tiba.

     Tidakkah para ibu bapa terfikirkan  sebarang kemungkinan sebelum membiarkan anak-anak bermain tanpa mendapat pengawasan daripada sesiapa  dengan alasan kawasan permainan adalah berdekatan dan tidak risau jika dibiarkan bersendirian.
        
     Surirumah sepenuh masa, Puan Rohani Mansor, 31 berkata dia seringkali menghabiskan masa petangnya dengan menemani anak-anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun bermain di taman permainan yang berdekatan rumah .

        “Walaupun jarak rumah dari kawasan permainan dekat dan saya dapat melihat anak-anak bermain, namun  saya tetap menemani mereka kerana khuatir perkara tidak diingini berlaku memandangkan sebelum ini pernah terjadi dimana seorang kanak-kanak  berusia 4 tahun yang mengalami kecederaan akibat terjatuh dari papan gelongsor”.

     Ibu bapa perlulah menasihati anak-anak supaya bermain dengan cara yang betul dan selamat serta mamastikan alatan permainan  adalah selamat dan sempuna sebelum digunakan. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin kita perlulah bersama-sama memainkan peranan dalam menangani perkara yang tidak diingini daripada berlaku.







































No comments:

Post a Comment