Monday 18 November 2013

KOMEN : YOUTUBE VIDEO PEMBULI JALAN RAYA

  

             Konflik di jalan raya berlaku kerana berikutan sifat kurang matang dan tidak berfikir secara waras dan rasional. Sepatutnya masyarakat kini lebih berfikiran matang dalam tindakan, tidak mengikut nafsu dan perasaan semata-mata.
           
        Masyarakat seharusnya berfikir secara rasional bukan emosional berdasarkan intelektual dan akal. Perkara sebegini membuktikan bertapa rendahnya moral dan akhlak masyarakat kini. Masyarakat semakin hilang kesedaran walaupun setelah negara mencapai kemerdekaan. Sikap tersebut menggambarkan seolah-olah masyarkat yang tidak bertamadun
        Adakah masyarakat kini sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan kuasa? Adakah kita ingin hidup dalam masyarakat yang materialistik dan mementingkn kebendaan semata-mata tanpa memikirkan nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam diri setiap insan.

      
       Tindakan seumpama itu hanya akan mencetuskan konflik yang sia-sia dan menimbulkan pergaduhan fizikal yang tiada maknanya. Walaupun negara maju tetapi tidak guna jika masyarakat masih mundur dari aspek pemikiran dan tindakan. Kesedaran masyarakat semakin hilang. Sangat menyedihkan  apabila masyarakat hari ini mengambil langkah untuk tidak peduli dan melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa.
         
      Konflik tersebut juga bukan sahaja mencerminkan keperibadian individu malahan sikap sebegitu  amat memalukan dan amat kebudak-budakan. Oleh itu, sebagai masyarakat yang telah maju dari segala aspek kehidupan sepatutnya lebih saling menghormati dan mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi.
           
         Jika masyarakat hari ini menunjukan sifat seteruk itu, apatah lagi generasi akan dating kerana generasi hari ini adalah contoh teladan kepada pewaris seterusnya untuk menjadi penyambung ketamadunan bangsa.







No comments:

Post a Comment