Monday 18 November 2013

Jualan Murah Sekadar Gimik


            Jualan murah sememangnya amat menarik perhatian khususnya golongan wanita yang sudah tentunya mempunyai naluri membeli yang cukup tinggi. Namun harus diingtkan bahawa jualan murah adalakalanya hanyalah gimik sesebuah pasaraya untuk menarik pengguna bagi  membeli dalam jumlah yang besar.

            Apabila tibanya penghujung tahun atau menjelang musim perayaan tertentu, peniaga berebut-rebut menampalkan poster, banner dan sebagainya malah ada katalog yang diposkan kerumah ataupun diselitkan di celahan pintu .

           Antara ayat yang sering kita dengar dan lihat ialah seperti beli satu percuma satu, “Jualan Penghabisan Stok”, ”Hot Price”, “Jualan Separuh Harga”, “Jualan Penghujung Tahun”, “Harga Runtuh” , dan bermacam-macam lagi frasa yang bertujuan menarik perhatian pelanggan supaya membeli.

          Justeru penggguna haruslan bijak menilai dan tidak mudah tertipu dengan taktik promosi yang tidak menguntungkan. Jualan murah adakalanya adalah untuk memerangkap pengguna supaya berbelanja lebih dan akhirnya pengguna terjerat dengan bebanan hutang jika menggunakan kad kredit.

         Menurut salah seorang jurujal di sebuah pasaraya barangan seperti pakaian sememangnya dikeluarkan khas untuk musim jualan murah dan ada sesetengahnya merupakan stok yang lama. Jenama asal digunakan tetapi sebenarnya adalah produk yang biasa.

         Pengguna yang tidak tahu tentang taktik promosi mudah tertipu dengan jualan murah yang dibuat. Hal ini kerana produk jenama asal tidak akan diberikan potongan harga melebihi 20%.

         Adakalanya apa yang dilihat di katalog tidak sama dengan apa yang ada di pasaraya. Pembeli juga terpaksa membeli dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan potongan harga atupun cabutan bertuah yang ditawarkan.

         Oleh itu, pengguna perlulah memastikan jumlah harga yang dibayar di kaunter adalah sama dengan harga diskaun yang ditawarkan terutamanya jika membeli dalam kuntiti yang banyak.

          Kebanyakan pengguna menyedari tertipu setelah tiba dirumah , mereka sudah tentu menjadi malas untuk ke kaunter semula jika memikirkan terpaksa menghadapi banyak kerenah dan prosedur yang terpaksa diikuti.

          Bagi mengelakkan daripada terjerat dengan jualan murah pengguna seharusnya berbelanja secara bijak dan berhemah. Pastikan membeli barangan yang benar-benar perlu sahaja dan terlebih dahulu menyenaraikan barangan yang hendak dibeli.

          Contohnya jika ingin membeli alat-alat tulis pengguna haruslah pergi ke kedai alat tulis dan elakkan daripada membeli di pasar raya. Promosi jualan murah biasanya dijalankan di tempat yang strategik seperti di ruang legar berhadapan pintu masuk yang menjadi laluan utama pengguna.

          Jika pengguna ditipu aduan boleh disuarakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Pihak KPDNKK akan menjalankan siasatan keatas premis berkenaan.


1 comment:

  1. titanium road bike - TITanium Art - Tatiana Art
    The titanium titanium chords road bike, created by Tatiana Art titanium block from the Tatiana Arts Group, is a high quality high quality motorcycle titanium cartilage earrings art prints urban titanium metallic that can be found on TITanium does titanium tarnish Art's

    ReplyDelete