Monday 4 November 2013

KOLOKIUM KE-27 ENVIROMENTAL JOURANALISM


     Kolokium Kritikan Media merupakan program yang bertemakan akademik dan pembangunan modal insan. Program ini dijalankan bertujuan membincangkan isu terkini dalam dunia kewartawanan, undang- undang, Negara dan prestasi pengamal media massa serta perkembangan dunia kewartawanan di dalam mahupun di luar Negara.  Pemilihan panel yang sesuai dan bertepatan dengan tajuk yang telah dipilih sedikit sebanyak mampu mencapai objektif dan matlamat yang diinginkan. Selain itu, kolokium juga merupakan persidangan untuk membincangkan tentang hubungan antara pihak yang terlibat dengan media dalam proses mendapatkan maklumat semasa membuat sesuatu liputan.
        Selain itu ia juga bertujuan mendedahkan kepada para pelajar masalah, cabaran dan dilemma yang dihadapi di dalam dunia kewartawanan selain memberikan informasi serta ilmu pengetahuan kepada para pelajar mengenai tajuk yang dibincangkan. Selain dilakukan untuk memberi pendedahan yang meluas kepada para mahasiswa, ia juga diharap dapat membentuk mahasiswa yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pelajaran dan kepimpinan malah peka kepada masyarakat sekeliling.  
        Pada 10 November 2012 yang lalu pelajar Kewartawanan Semester 5, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia, Shah Alam telah menganjurkan  Kolokium Kritikan Media Kali Ke-27 dengan topik yang dipilih kali ini adalah Environmental Jouranalism Ada Bagaikan Tiada yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Menara SAAS UiTM Shah Alam dan antara ahli panel jemputan ialah Norshidawati Abd Rasid merupakan seorang Pengurus Pendidikan Formal Alam Sekitar (WWF), Datuk Zainul Ariffin Md Isa,merupakan Ketua di Bahagian Media Baru iaitu Media Prima dan tidak asing lagi Dato’ Karam Singh Walia,Ketua Meja Alam Sekitar TV3 .
           Slot pertama yang bertajuk Sosiologi Maklumat Berkaitan Alam Sekitar, Penerimaan dan Kesedaran Dalam Masyarakat Malaysia  manampilkan Norshidawati.Menurut beliau orang ramai perlu mempunyai  asas dalam bidang sains supaya tidak ketinggalan.Sehiggga kini 72  kampus telah terlibat dalam projek yang dijalankan oleh pihak mereka.Mereka juga banyak menanjurkan program-program kesedaran dan tentang alam sekitar  
            Ulasan Statistik dan Persekitaraan  Di mana Impaknya? yang menampilkan Dato’ Zainul dan menurut beliau  pihak mereka telah melancarkan program Gerakan Hijau dan setakat ini sebanyak 45 agensi telah berminat untuk menyampaikan pembentangan.Menurut beliau lagi perubahan sikap adalah penting dan masyarakat kini memerlukan pendidikan alam sekitar secara rasmi.Oleh demikian media menjadi perantaraan ataupun medium penting dalam menyampaikan kesedaran tentang alam sekitar kepada orang ramai.Kerjasama antara NGO dan badan-badan kerajaan dalam menjalankan aktiviti dan program  berkaitan alam sekitar banyak membantu dalam menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.
            Kepntingan “Enviromental Journalism” di Malaysia.Dato’ Karam Singh Walia pula telah memperlihatkan beberapa sedutan video dan liputan yang telah dilakukannya sepanjang pembabitannya dalam industri kewartawanan ,dilihat para pelajar begitu teruja sekali karana banyak pegalaman-pegalaman yang telah beliau lalui.Salah satu liputan di Cameran Higland beliau membongkar tentang tanaman yang telah dicemari oleh najis manusia kerana sumber airnya adalah dari saluran pembuangan najis oleh pekerja-pekerja asing di tanah tinggi tersebut.Setelah isu tersebut didedah umum barulah ada pihak-pihak yang membuka mata dan mengakuinya.
      Sebelum menutup bicara Dato Karam Singh Walia memberiatahu bahawa seorang wartawan sejati bukanlah seorang yang hanya meinginkan nama dan populariti ataupun memenangi anugerah semata-mata tetapi lebih daripada itu kerana pengalaman tidak boleh dibeli tetapi perlu dilalui sendiri.Wartawan sejati akan melaporkan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab dan tulus ikhas .Sementara minat yang mendalam dan rasa ingin mendidik serta mendedahkan masyarakat  tentang kepentingn  alam sekitar mendorong beliau berusaha bersunguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu,segala cabaran yang ditempui sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam dunia  kewartawanan diangggp sebagai asam garam dalam kehidupan kerana  selagi hidup beliau akan terus menabur bakti kepada masyarakat dan alam sekitar yang dicintai.
      Konklusinya diharapkan matlamat kolokium untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam mengendalikan sesuatu program akademik di mana memerlukan penglibatan pihak- pihak profesional dan seterusnya melahirkan siswa siswi yang berani, kreatif dan berketerampilan sejajar dengan matlamat UiTM dalam menghasilkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti akan tercapai. 



Dari kiri Khairun Nizam (moderator), Norshidawati, Dato’ Zainul Ariffin Md. Isa dan Dato’ Karam Singh Walia

No comments:

Post a Comment